Tentang Kami

CIKGU IFAH
Cikgu Ifah adalah guru pakar PT3 dan SPM. Mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pendidikan serta telah mengajar hampir 7 tahun dalam subjek-subjek yang kritikal seperti Matematik dan Matematik Tambahan.
CIKGU IZNI
Berpengalaman mengajar matematik sejak 2016 lagi. Berpendidikan Ijazah Sarjana Kejuruteraan Elektrik (UiTM Shah Alam). Cikgu Izni telah membantu ramai pelajar daripada daripada Gagal ke Lulus dan daripada Lulus ke Cemerlang.


CIKGU FATEN
Cikgu Faten berkhidmat selama 6 tahun di dalam bidang pendidikan. Kaedah pembelajaran secara komunikasi dua hala telah membuatkan pelajar merasa lebih dekat dengan cikgu semasa proses PdPc berlangsung walaupun secara maya.
CIKGU ADDA
Cikgu Adda adalah seorang tutor dengan pengalaman 5 tahun mengajar. Dia menjadi seorang tutor kerana menyedari minat yang mendalam dalam mata pelajaran Matematik dan ingin membantu para pelajar dalam Matematik. Keistimewaan kelas Cikgu Adda adalah setiap topik akan diajar dengan cara yang paling ringkas supaya mudah difahami oleh pelajar.

Bagaimana Tuisyen Online Ini Dijalankan?
1. Live Tuisyen Dengan Cikgu Terlatih dan Berpengalaman
Kelas dijalankan selama 2 Jam / Sesi, 1 Sesi/ Minggu, 4 Sesi Sebulan
2. Modul Khas untuk Pelajar Tuisyen Online (Untuk Dicetak)
Nota & latihan akan berikan Modul Khas untuk memudahkan pelajar mengikuti pembelajaran.
3. Rakaman Kelas (Untuk Rujukan)
Pelajar boleh tonton semula untuk lebih kefahaman & berulang kali sampai faham
4. Group Bantuan (Untuk Menanyakan Soalan)
Pelajar boleh menanyakan soalan atau sebarang pertanyaan yang tidak difahami digroup support